Tempahan Kitab Arab Dari Mesir
Facebook Page Kami
Tuesday, 13 September 2016
Pengedar Kitab Nailur Raja' syarah Safinatun Naja
Assalamualaikum para pembaca semua...
Kami menerima tempahan dari Malaysia , bagi sesiapa yg mahu membeli kitab ini. BERIKUT adalah sedikit info mengenai kitab ini :
Kitab Nailur Raja' ini merupakan syarahan kepada Kitab Safinatunnaja’ yang sudah tidak asing lagi ditelinga para penuntut ilmu dan pelajar2 pondok pesantren. Kitab ini merupakan karya besar seorang ulama ahli Feqah yang terkemuka di zamannya, beliau adalah al-Allamah al-Faqih al-Habib Ahmad bin Umar Asy-Syathiri al-Alawi al-Husaini, berasal dari kota Tarim, Hadramaut.
Kandungan di dalamnya adalah penjelasan dasar-dasar hukum feqah yang berkaitan dengan masalah2 kehidupan manusia seharian. Kitab ini terbahagi kepada 6 bab.
Antara babnya : Bab Thaharah (bersuci), bab Solat, bab jenazah, bab zakat, bab puasa dan bab haji.
Masing-masing bab akan dikupas secara terperinci namun tidak terlalu panjang. Bahasanya pun adalah sederhana dan mudah difahami.
HARGA KITAB INI : RM 30 ( tidak termasuk kos penghantaran).
Monday, 12 September 2016
TEMPAHAN BUKU DARI MESIR
Tempahan buku dari Mesir
Kami membuka peluang kepada pencinta-pencinta buku di Malaysia untuk mendapatkan kitab-kitab arab cetakan Mesir terus ke rumah anda dengan harga yang istimewa dan berpatutan. Tuan/puan boleh membaca garis panduan di bawah ini :
- Pastikan tuan/puan mengenalpasti jadual penghantaran kami. Lihat artikel sebelum ini.
- Tempahan yang akan diproses hanyalah yang telah membuat pembayaran separuh daripada harga keseluruhan kitab yang ditempah.
- Untuk membuat tempahan kitab, boleh hubungi contact nombor ini : +201144545541 (whatsapp shj)
Kepercayaan anda amanah kami.
Jadual Penghantaran Buku Dari Mesir
Jadual Penghantaran Buku Dari Mesir
Buku-buku dari Mesir akan dihantar ke Malaysia 4 kali setahun. Tempoh masa yang diambil adalah selama dua bulan. Oleh itu buku-buku yang ditempah pada bulan 2 sebagai contoh akan sampai ke tangan tuan/puan pada bulan 4.
Jadual empat kali setahun adalah seperti berikut :
- Bulan Februari
- Bulan Mei
- Bulan Ogos
- Bulan November
Segalanya tertakluk kepada perjalanan kargo.
Sunday, 11 September 2016
PAMERAN BUKU ANTARABANGSA DI MESIR 2017.
Assalamualaikum para pembaca sekalian, disini ada sedikit pemberitahuan.
InsyaAllah , Pameran Buku Antarabangsa di Mesir untuk tahun 2017 bakal tiba pada hujung bulan Januari. Bagi para pelanggan yg ingin menempah kitab-kitab , boleh sediakan senarai buku2 yang ingin dibeli beserta syarikat penerbit.InsyaAllah, Kami akan carikan dan belikan kitab tersebut di Pameran buku ini untuk pihak tuan /puan. Sekian, terima kasih.
**Hanya menerima tempahan buku Arab sahaja.
Untuk membuat tempahan kitab, sila whatsapp ke nombor ini: +01144545541
Tagged: CairoInternationalBookFair, Cairo Book Fair, Pameran Buku Mesir.

Subscribe to:
Posts (Atom)